The Red Giants

EN
MY
Selangor FC
SELANGOR FC
BERITA

Previu Perlawanan ACC Shopee Cup™ M-4 | Selangor FC lwn Cong An Ha Noi FC | Sokongan Penyokong Diperlukan

Jan 28, 2026 - FAS

Selangor FC akan menerima kunjungan Cong An Ha Noi FC di Stadium MBPJ, Kelana Jaya bagi perlawanan ACC Piala Shopee™ minggu ke-4 pada jam 9 malam ini.

Setakat minggu ke-3 Piala Shopee, Selangor FC kini berada di tempat kedua Kumpulan A dengan lima mata daripada satu kemenangan dan dua seri. Tampines Rovers FC mendahului kedudukan dengan enam mata terkumpul. Manakala, BG Pathum United F.C. dan Công An Ha Noi FC  berkongsi empat mata. Buriram United F.C. ditempat ketiga dengan tiga mata dan Cebu F.C. mengumpul satu mata.

Menurut Kim Pan-gon, Ketua Jurulatih Selangor FC, menjangkakan perlawanan yang berintensiti tinggi dan berharap para penyokong dapat berjuang bersama pasukan.

“Kita berdepan jadual yang agak padat, jadi fokus kita sekarang lebih kepada mendapatkan pemulihan yang mencukupi serta komunikasi yang jelas bersama para pemain bagi memastikan persiapan rapi untuk menampilkan perlawanan yang cemerlang. Cong An Ha Noi merupakan sebuah pasukan yang kuat dan sangat teratur dalam pergerakan mereka, namun kita juga memiliki pasukan yang kuat. Kita akan berusaha untuk menguasai permainan dan beraksi dengan penuh keyakinan di hadapan penyokong,kerana perlawanan ini amat penting untuk terus mara ke pusingan seterusnya,” kata Kim Pan-gon.

“Saya menjangkakan perlawanan yang berintensiti tinggi. Oleh itu, saya menyeru penyokong setia Gergasi Merah untuk hadir ke stadium dan memberikan sokongan padu, kerana kehadiran anda akan memberi tenaga serta kekuatan tambahan kepada para pemain, khususnya apabila beraksi di sini, di laman sendiri,” harap beliau.

Pihak pengurusan Selangor FC berharap penyokong Gergasi Merah dapat datang beramai-ramai menggemakan Stadium MBPJ, Kelana Jaya dengan sorakan serta semangat anda malam ini untuk pasukan. Beli tiket sekarang di sini. Jumpa anda di stadium, Gergasi Merah!

Demi Kebanggaan!